Wednesday, December 28, 2011

penyemaian biji gaharu subintegra

(taken from gaharusarawak) 
 
kaedah penyemaian biji gaharu subintegra
penyediaan medium( 2:1:1) top soil : pasir sungai : baja kompos
campurkan semua medium hingga sebati

penyediaan batas
panjang dan pebar terpulang dengan tuan

buat 3 lapisan pada batas
lapisan pertama pasir, kedua baja kompos dan lapisan ketiga ialah medium....ketebalan setiap lapisan lebih kurang 3 inci.

semaian biji gaharu subintegra
semai biji gaharu subintegra dengan kepala di cucuk dalam tanah dan pelayang(ekor) menuju keatas. kedalaman biji gaharu di tanam sekadar tenggelam kepala biji gaharu
jarak antara biji gaharu yang ditanam lebih kurang 5 mm
sungkupan
buat sungkupan diatas batas, tujuan sungkupan untuk elak semaian dari terkena terus pancaran matahari, hujan, binatang.semaian yang terlalu gelap mengakibatkan kulat tumbuh pada permukaan biji gaharu.siraman
buat siraman pada waktu pagi dan petang

tempoh masa biji gaharu subintegra tumbuhlebih kurang dalam 1 hingga 2 minggu biji benih gaharu mulai tumbuh
biarkan sehingga keluar 2 - 3 daun
pindahkan dalam polybag yang telah diisi dengan medium (2:1:1 - sama dengan nisbah medium penyemaian)
pindah anak pokok gaharu
pindahkan anak pokok gaharu yang telah mengeluarkan 2 atau 3 daun. hati hati jangan sampai akar tunjang putus atau rosak.
letakkan anak anak pokok gaharu yang telah di tanam dalam polybag di bawah sungkupan....

PENJAGAAN ANAK POKOK GAHARU
anak pokok gaharu yang telah dipindahkan ke dalam polybag mestilah dijaga. Faktor yang penting ialah;

kelembapan
pastikan anak pokok gaharu di siram pagi dan petang sekiranya tidak hujan, tapi jangan terlalu basah.

Cahaya
pastikan anak pokok gaharu tidak terus terkena cahaya matahri,gunakan sungkupan yang boleh menahan cahaya matahari

Pembajaan
Seelok elok nya gunakan baja kompos untuk anak pokok gaharu, pembajaan dalam 2 minggu sekali. pada usia ini anak pokok gaharu hendaklah dipastikan subur supaya pembesaran adalah cepat.

Makhluk perosak
gunakan kaedah yang sesuai untuk membasmi makhluk perosak.

Daun gugur atau layu
masalah tanah kering atau cahaya terlampau banyak. penyelesaian masalah tanah kering ialah siram anak pokok gaharu pagi dan petang. sekiranya pendedahan cahaya matahri terlampau banyak maka double kan lapisan netting orkid (warna hitam)

kalau boleh jangan letakkan anak pokok gaharu dibawah atap zink...kerana haba panas dari zink boleh menyebabkan daun pokok gaharu layu.

buatkan satu tempat semaian yang tertutup kalau boleh.....ini bagi kawalan suhu, makhluk perosak dan binatang seperti kucing / anjing yang suka membuang najis di kawasan pokok gaharu / batas.

sekiranya anak pokok gaharu anda semua daunnya gugur.....jangan buang dulu...tidak semestinya mati....tunggu beberapa hari....anda akan nampak daun kecil akan tumbuh......

anak pokok gaharu terbantut
masalah ini berlaku kerana anak pokok gaharu yang ditanam dalam bekas polybag yang kecil, pindahkan anak pokok gaharu di bekas yang besar......anda akan nampak perbezaannya.....

penggunaan EM (efektif Mikrob)
untuk mengatasi masalah daun gugur, tuan puan juga boleh menggunakan EM yang telah dicampur dengan air, siram pada anak anak pokok gaharu.....anda akan dapat melihat perubahan beberapa hari selepas semburan EM tersebut.

No comments:

Post a Comment