Sunday, January 1, 2012

Mengenal Aquilaria Hirta

Aquilaria Hirta adalah salah satu species gaharu penghasil gubal yang tumbuh secara alami di Indonesia dan Malaysia,  

 Perbandingan daun a hirta dengan subintegra

 Perbandingan daun a hirta dengan mallaccensis

more info about aquilaria hirta : Aquilaria Hirta - Candan( taken from http://gaharucandanku.blogspot.com), malaysian language

Candan - Aquilaria Hirta

 Aquilaria Hirta adalah antara spesis karas/ gaharu yang terdapat di Malaysia. Ianya lebih dikenali sebagai candan. Pokok candan hanya terdapat ditempat tempat tertentu sahaja. Meskipun di kampung saya pokok gaharu spesis malaccensis dan agallocha tumbuh merata rata dibelakang, depan kiri dan kanan rumah tetapi spesis candan ini tidak dikenali langsung. Bahkan spesis karas tersebut ada yang ditebas diracun begitu sahaja sebelum ini. Sekarang, masa telah berubah, saya lihat ramai yang mulai sedar dan ada yang memulihara pokok karas yang tumbuh sendiri dikebun kebun getah. Sungguhpun begitu sangat sedikit yang mengambil usaha menanam pokok gaharu sepertimana menanam pokok getah dan sawit. Berbalik kepada candan daunnya berbulu dibahagian bawahnya dan batang pokok berwarna tompok keputihan. Saya mendapatkannya dari sahabat saya orang asli di Rompin Pahang. Candan perlu ditanam di kawasan yang teduh dan mendapat siraman air yang mencukupi. Daunnya mudah gugur sekiranya syarat tersebut tidak dipenuhi. Melalui pembacaan saya, candan dikatakan mempunyai harga yang lebih mahal dari spesis karas yang lain menyebabkan saya begitu teruja untuk menanamnya. Menurut sahabat saya ini candan menghasilkan gaharu sendiri tanpa perlu ditakik. Bermakna tidak perlu stress atau suntikan untuk menghasilkan gaharu candan.  Candan boleh menghasilkan gaharu tanpa inokulan. Bermakna bila sampai masanya, tidak memerlukan  modal tambahan untuk membeli vaksin inokulan. Beliau dengan penuh kesungguhan dalam terkejut menceritakan pernah menjual gaharu jenis candan yang sebesar ibu jari tangan dan tidak sampai 100 gm pada harga RM900.00 kepada peraih gaharu.  Menurutnya pokok candan tu hanya sebesar lengan budak saja.  Bermakna kalau sepokok boleh menghasilkan RM900. Bagaimana pula kalau menanam sebanyak 1000 pokok untuk seekar dengan jarak 6' X 6'. Pasti sekurang kurangnya RM900000 boleh terhasil. InsyaAllah. Itu baru pada harga peraih, harga kita menjual sendiri berapa harga gamaknya.  Dia sendiri dengan penuh confident berkata kepada saya ketika saya tengah membelek belek beratus ratus pokok candan yang saya  tempah darinya, "Jadi juntawan engkau'" saya bertanya balik "apa dia abang wahab?" takut pulak kot kot saya perasan lebih. "Jadi jutawan engkau" ulangnya lagi. Saya bertanya lagi "jutawan?" dan dia menganggukkan kepala. Tanpa sedar bulat mata hitam saya dibuatnya. Saya pula yang terkejut. Jarang saya terkejut. Alamak... Dalam diam dia pun tahu. Handalnya.. Pepatah melayu sering menyebut, diam ubi berisi, nampaknya sekarang ini diam gaharu jutawan  engkau.

3 comments:

  1. Assalamu alaikum.
    Sy nak beli air sulingan gaharu.
    Tolong email saya balik kalau masih menjual.
    TQ

    ReplyDelete
  2. A.hirta banyak di gua musang,terselerak di tanah rendah...

    ReplyDelete